Jigsaw Puzzle Explorer dan Microsoft Word

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei yang lepas, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Jigsaw Puzzle Explorer dan Microsoft Word kepada para peserta cilik sekolah rendah. Kelas ini mempunyai 2 slot iaitu slot pertama dengan permainan Jigsaw Puzzle Explorer secara atas talian. Seperti umum ketahui, permainan puzzle amatlah mencabar dan menguji minda.

Para peserta turut bersaing antara satu sama lain untuk menyelesaikan puzzle tersebut bagi mendapatkan hadiah. Kelebihan platform jigsaw puzzle explorer atas talian ini adalah terdapat pelbagai jenis set puzzle gambar-gambar yang boleh dipilih dan turut membenarkan pemain untuk menentukan jumlah keping puzzle yang ingin dimain. Manakala slot kedua pula ialah membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Para peserta diajar asas-asas Microsoft Word dan cara membuat surat rasmi dengan menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali